Pengenalan

Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) menawarkan peluang pendidikan Technical Vocational Education and Training (TVET) untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.

Program di KVKS dijalankan mengikut sistem semester serta berlandaskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan bersama panel akademik dan industri. Kurikulum ini berteraskan Outcome Based Education (OBE), iaitu menekankan pencapaian keberhasilan pelajar selepas tamat pengajian.


Program Sijil


Program Kemahiran

Program ini memberi tumpuan kepada pelajar yang ingin menimba kemahiran teknikal khusus dengan persijilan yang diiktiraf industri.

Jenis Program Kemahiran:

1. Program Kemahiran Penuh

2. Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)


Cara Membuat Permohonan

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional hanya boleh dibuat secara atas talian melalui sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

👉 https://spskt4.moe.gov.my/

⚠️ Nota penting: KV Kuala Selangor tidak menerima permohonan terus di kolej. Semua permohonan perlu dihantar melalui portal rasmi ini sahaja.