Jalan Sekolah Off Jalan Besar
45600 Bestari Jaya, Selangor

No Tel : 03-32718370 | No Faks : 03-32718371
E-Mel : BHA3001@moe.edu.my

Pengambilan Pelajar

Pengenalan

Kolej Vokasional Kuala Selangor (KVKS) menawarkan peluang pendidikan Technical Vocational Education and Training (TVET) untuk melahirkan pelajar yang berkemahiran, profesional dan bersedia ke alam pekerjaan.

Program di KVKS dijalankan mengikut sistem semester serta berlandaskan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) yang dibangunkan bersama panel akademik dan industri. Kurikulum ini berteraskan Outcome Based Education (OBE), iaitu menekankan pencapaian keberhasilan pelajar selepas tamat pengajian.


Program Sijil

  • Ditawarkan di 86 Kolej Vokasional seluruh negara merangkumi 35 program.
  • Tempoh pengajian: 2 tahun (4 semester).
  • Pelajar akan menerima dwi persijilan selepas tamat pengajian:

    • Sijil Vokasional Malaysia (SVM) oleh Lembaga Peperiksaan, KPM.
    • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 oleh JPK, Kementerian Sumber Manusia.

  • Pelajar yang lulus peringkat sijil dan memenuhi syarat, layak menyambung pengajian ke peringkat Diploma dalam bidang yang sama di kolej vokasional.


Program Kemahiran

Program ini memberi tumpuan kepada pelajar yang ingin menimba kemahiran teknikal khusus dengan persijilan yang diiktiraf industri.

  • Tempoh pengajian: 2 tahun.
  • Persijilan: SKM mengikut tahap yang diiktiraf oleh JPK.
  • Ditawarkan di beberapa kolej vokasional terpilih.

Jenis Program Kemahiran:

1. Program Kemahiran Penuh

  • Sepenuh masa di kolej vokasional (akademik, teori & praktikal).
  • Kurikulum berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS).
  • Pelajar boleh terus bekerja selepas tamat atau sambung pengajian SKM ke tahap lebih tinggi di Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

2. Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

  • Kaedah pengajian: block release – sebahagian masa di kolej, sebahagian masa di industri.
  • Menggunakan konsep work-based learning → pelajar belajar & bekerja terus dalam industri.
  • Kurikulum juga berasaskan NOSS, JPK.
  • Pelajar tamat SLDN boleh terus bekerja di industri dengan pengalaman sebenar.


Cara Membuat Permohonan

Permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional hanya boleh dibuat secara atas talian melalui sistem rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM):

👉 https://spskt4.moe.gov.my/

⚠️ Nota penting: KV Kuala Selangor tidak menerima permohonan terus di kolej. Semua permohonan perlu dihantar melalui portal rasmi ini sahaja.